Wednesday, January 02, 2013

pajero shorty

aku beli sebijik lagi pajero.. konon2 beli nak ambik barang masuk kat pajero LO aku.. sekali sampai rumah sayang pulak daa..



spesifikasi masa aku beli:

body: lo 49 short wheel base & offroad bumper (depan & blakang) , rollcage , radiator dah modified kat belakang kabin + kipas eletrik bmw 2 speed, rollcage dalam + blakang 

enggine: 4d56 mitshubishi turbo diesel(siap custom form), gearbox besi pajero manual, flywheel fuso ( more tork power double plate)+ pto +fuel pump dah upgrade


winch : pto pajero 19 gigi + peumatic valve lock.


axle :depan- land cruiser axle modified + lsd dah upgrade + coil spring absorber rancho adjustable, parang lc + pro bush baru tukar 1 set (value 1050.00)


belakang - pajero + airlocker +air compressor +air tank + peumatic valve lock, leaf spring


altanator bru , clutch plate baru, clutch cover + bearing.


tyre lipan 35x15x10.5 + sportrim 10.5 


sekarang dah banyak barubah.. nanti aku buat entry lain.

Friday, June 01, 2012

video titi kayu air banun sungai singor




ketaq lutut woo.. maklum la amatur.. tapi teringin nak pi lagi..

Wednesday, February 29, 2012

daripada ayam ke 4x4


salam.

aku baru saja tukar blog ni daripada cerita ayam kampung ke cerita 4x4. kesian blog bertahun tak berupdate.

lepas kes ayam aku kena penyakit, daripada 50 ekor ke 5 ekor, aku terus stop buat ayam. ayam masih ada sebenarnya, cuma dah malas nak buat sebagai mata pencarian. inkubator yang aku beli tak sempat pun nak pakai. yang aku buat sendiri pun dok elok lagi.

ok kita tukar cerita. bulan posa tahun lepas aku beli sebijik pajero LO49 intercooler turbo 1991. plan asal bukan nak beli pun menatang ni. tiba-tiba aku dapat job pasang telefon, nak kena usung tangga 20 kaki, setelah di kaji selidik antara van dgn 4x4 makan aku ambik pajero ni.

alhamdulillah lebih 6 bulan aku pakai, aku rasa keputusan aku ambik pajero memang tepat sekali. hari tak kerja boleh aku pi mengecas di hutan grik.

aku kenalkan dulu kawan aku tu.

-enjin 4d56 manual storm punya.
-winch pto 19 gigi.
-tayar sekarang 33-12.5-16.5 mt bf goodrich. cilakak aku beli dulu tak perasan rim dia 16.5.
-seat pajero v model.

-bull bar keliling buatan tangan tuan asal.
-angkat body 3 inci
-gearbox belakang lsd.
-cat kaler hitam spray cat tin saja.
cukup la dulu. lain kali aku cerita lagi. aku ingat nak fokus pasal maintenance kete ni, kos dan jugak kerja-kerja DIY. aku zero knowledge pasai keta. tau bawak saja. lepas ni aku nak belajar pelan-pelan dan share apa yang patut kat sini. adios.

Thursday, February 11, 2010

Reban Ayam Lama Reban Ayam Baru


Sedih tengok reban ayam lama. Saiz 5 x 5 tapi masuk dekat 50 ekor ayam. Tiap petang memang berperang berebut tempat tido. Yang kecik kena tunggu betul-betul gelap baru dapat menyelinap masuk. Kalau tak memang kat pintu lagi dah kena balun.




Ini pula adalah bangsal tempat letak barang-barang tak pakai. InsyaAllah akan aku renovate sikit masa lagi untuk dijadikan banglo baru ayam-ayam aku. Rasanya 100 ekor pun senang-senang boleh masuk. Nantikan kemunculannya.

Sunday, January 31, 2010

Inkubator Penetas Telur Ayam


Assalamualaikum.


Semua entry sebelum ini telah aku delete dan sekarang blog ini khusus untuk projek ayam kampung aku. Kita mulakan dengan mesin penetas telur ayam.


Benda ni dah lama aku buat iaitu sebaik saja aku berpindah balik Bukit Selambau lebih kurang lima bulan lepas. Pada mulanya aku bercadang untuk beli je dengan budak Sepul lepas aku tengok inkubator dia dalam forum bicarajutawan. Dalam dok sembang dalam forum tu, tiba-tiba budak Junaidi offer nak ajar aku buat benda alah ni.





Petang tu jugak, aku first time jumpa Junaidi. Aku dengan dia sama-sama tuang keje jumpa di Petronas Kesas, park kete aku situ, then cargas pergi rumah Sepul di Sepang. Sepul lak ada hal masa tu. Tak dapat jumpa dia tapi dapat jugak aku tengok dia punya projek ayam kampung. Otai dia ni. Bela ayam dalam sangkar buat macam Taman Burung dah jadinya.


Jumpa Junaidi kali kedua di rumah dia di Hulu Langat, terus dia sekolahkan aku daripada A to Z sampai la aku yang buta litar-litar elektrik dah jadi paham serba sedikit pasal wiring. Sebaik saja balik kampung, aku cilok kabinet dapur mak aku yang dah tak pakai, klekung-klukang klekung-klukang dan terhasillah inkubator penetas telur ayam.


Begitulah permulaan macammana terhasilnya inkubator ni.


Aku test drive dengan enam biji telur. Alhamdulilllah menetas lima ekor. Gambar di bawah ni adalah anak-anak sulung ayam aku.




Punya la excited terus aku ronda kampung cari telur ayam. Lebih kurang 100 bijik aku dapat. Glamour sekejap aku. Ramai gak la mai melawat tengok inkubator aku. Kembang kempis hidung aku terima pujian. Riak punya pasal, dalam seratus bijik tu cuma 40 bijik menetas. Ampes tul!






Setelah dibuat ujikaji, rupanya inkubator aku ada masalah pengudaraan. Orang lain buat setingkat, aku hentam buat dua tingkat. So, aku stop masuk telur untuk proses modifikasi dan dah dekat tiga bulan tak termodikasi pun lagi. InsyaAllah lepas siap reban ayam baru, aku buat balik inkubator baru, cilok idea Sepul buat pakai kontena plastik. Nak senang lagi beli je yang dia dah siap buat.


Anak-anak ayam yang menetas tadi, anak sulung tinggal lagi seekor. Sekor lompat masuk kolah bela talapia dan mati lemas, dua kena kebas dengan biawak, lagi seekor baru dua hari lepas hilang entah ke mana. Melampau betul kalau besar tu biawak boleh sapu.


Second batch, daripada 40 ekor, tinggal lagi tiga ekor. Hari-hari hujan. Sehari dua tiga ekor jalan. Bila dah musim kemarau ni, InsyaAllah selamat ayam tu. Tang biawak je tak jamin. Tapi takpe. Aku dah kasik empat kepala ayam disumbat Furudan minggu lepas buat umpan. Masa Puan Munirah pregnen hari tu takpe la korang bermaharajalela. Itu akan aku cerita entry lain selepas ni. Chow!