Sunday, January 31, 2010

Inkubator Penetas Telur Ayam


Assalamualaikum.


Semua entry sebelum ini telah aku delete dan sekarang blog ini khusus untuk projek ayam kampung aku. Kita mulakan dengan mesin penetas telur ayam.


Benda ni dah lama aku buat iaitu sebaik saja aku berpindah balik Bukit Selambau lebih kurang lima bulan lepas. Pada mulanya aku bercadang untuk beli je dengan budak Sepul lepas aku tengok inkubator dia dalam forum bicarajutawan. Dalam dok sembang dalam forum tu, tiba-tiba budak Junaidi offer nak ajar aku buat benda alah ni.





Petang tu jugak, aku first time jumpa Junaidi. Aku dengan dia sama-sama tuang keje jumpa di Petronas Kesas, park kete aku situ, then cargas pergi rumah Sepul di Sepang. Sepul lak ada hal masa tu. Tak dapat jumpa dia tapi dapat jugak aku tengok dia punya projek ayam kampung. Otai dia ni. Bela ayam dalam sangkar buat macam Taman Burung dah jadinya.


Jumpa Junaidi kali kedua di rumah dia di Hulu Langat, terus dia sekolahkan aku daripada A to Z sampai la aku yang buta litar-litar elektrik dah jadi paham serba sedikit pasal wiring. Sebaik saja balik kampung, aku cilok kabinet dapur mak aku yang dah tak pakai, klekung-klukang klekung-klukang dan terhasillah inkubator penetas telur ayam.


Begitulah permulaan macammana terhasilnya inkubator ni.


Aku test drive dengan enam biji telur. Alhamdulilllah menetas lima ekor. Gambar di bawah ni adalah anak-anak sulung ayam aku.




Punya la excited terus aku ronda kampung cari telur ayam. Lebih kurang 100 bijik aku dapat. Glamour sekejap aku. Ramai gak la mai melawat tengok inkubator aku. Kembang kempis hidung aku terima pujian. Riak punya pasal, dalam seratus bijik tu cuma 40 bijik menetas. Ampes tul!






Setelah dibuat ujikaji, rupanya inkubator aku ada masalah pengudaraan. Orang lain buat setingkat, aku hentam buat dua tingkat. So, aku stop masuk telur untuk proses modifikasi dan dah dekat tiga bulan tak termodikasi pun lagi. InsyaAllah lepas siap reban ayam baru, aku buat balik inkubator baru, cilok idea Sepul buat pakai kontena plastik. Nak senang lagi beli je yang dia dah siap buat.


Anak-anak ayam yang menetas tadi, anak sulung tinggal lagi seekor. Sekor lompat masuk kolah bela talapia dan mati lemas, dua kena kebas dengan biawak, lagi seekor baru dua hari lepas hilang entah ke mana. Melampau betul kalau besar tu biawak boleh sapu.


Second batch, daripada 40 ekor, tinggal lagi tiga ekor. Hari-hari hujan. Sehari dua tiga ekor jalan. Bila dah musim kemarau ni, InsyaAllah selamat ayam tu. Tang biawak je tak jamin. Tapi takpe. Aku dah kasik empat kepala ayam disumbat Furudan minggu lepas buat umpan. Masa Puan Munirah pregnen hari tu takpe la korang bermaharajalela. Itu akan aku cerita entry lain selepas ni. Chow!




7 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

tahniah .. anda telah berjaya membuat sebiji incubator...
biasa lah .. mula2 buat incubator macam tu lah .. ada jer yg nak kena setting..sabar jer lah .. dan kuat kan displin diri ...

saad said...

terima kasih.. semua tu atas tunjuk ajar encik jugak..

peja said...

bagus usaha abang. nie adalah satu kemajuan yang perlu dibanggakan.semoga berjaya..

Anonymous said...

tahniah..nnt sy nk jupa kamu..tlg ajar buat inkubator bleh? umah mentua sy kt felda lubuk merbau ja...selalu balik sana...

sy juga menternak ayam n itik di changlun...

http://shawnagrofarm.wordpress.com

Anonymous said...

nudepictures [url=http://ammaforum.de/viewtopic.php?f=4&t=128339] nude[/url] nakedpictures

Unknown said...

aku pn ade buat sendiri jugak..untuk 90 biji telur..tahniah dapt buat inkubator tu..

Anonymous said...

Salam.boleh share tak.